Kalau korang tengah cari info tentang pengalaman buang apendiks, aku nak share pengalaman sendiri yang mungkin boleh bantu korang lebih bersedia dari sebelum operation sampai fasa recovery.
Aku sendiri pernah jalani pembedahan buang apendiks (appendix), dan honestly sangat memberi pengalaman dan pengajaran.
Tanda Awal Sakit Apendiks Yang Aku Alami
Mula-mula pada satu petang, aku terasa sakit belakang di bawah belikat. Pada mulanya fikir sekadar penat biasa sebab lama berdiri. So aku rehat saja. Bila waktu malam, belakang masih sakit dan start rasa loya dan rasa hilang selera makan.
Tak lama selepas itu, aku start muntah beberapa kali. Selepas muntah tu rasa sakit perut. Aku ingat sakit perut biasa saja. Rasa senak di bahagian kanan bawah perut. Dia rasa sakit berterusan, bukan kejap sakit kejap hilang.
Walau baring pun sakit tak hilang juga. Puas pusing ke kiri ke kanan, meniarap tetap tak hilang malah lama-lama sakit makin kuat. So malam tu memang tidur-tidur ayam saja la.
Keesokannya, masih sakit lagi disertakan dengan demam. Seharian tahan sakit, malam tu decided pergi klinik. Lepas check, doktor suspect sakit apendiks dan beliau buat surat refer ke hospital. Tapi malam tu aku tak pergi hospital terus. Aku decided pagi esok serah diri. Malam tu balik kemas-kemas beg dulu sebab rasa confirm kena warded.
Pagi esoknya terus serah diri ke emergency. Lepas doktor check semua confirmed apendiks.
Proses Pembedahan Buang Apendiks
Aku menjalani pembedahan jenis laparoscopic (bedah kecil). Antara kelebihannya adalah luka kecil, kurang sakit berbanding bedah biasa, recovery lebih cepat.
Operation tak lama, dan bila sedar dari bius, memang ada rasa sakit tapi masih terkawal dengan ubat. Doktor kata apendiks aku dah pecah dan nanah dah tersebar sampai ke perut/usus (aku lupa).
Hari Pertama Hingga Hari Ketiga
Ini antara fasa paling mencabar dalam pengalaman buang apendiks
Antara yang aku alami:
- Susah nak bangun dari katil
- Batuk atau ketawa pun rasa sakit
- Pergerakan sangat terhad
Tapi setiap hari ada improvement:
- Hari ke-2 dah boleh jalan perlahan
- Hari ke-3 dah rasa lebih ringan
Pemakanan Selepas Buang Apendiks
Ini sangat penting untuk cepat sembuh.
Makanan yang aku ambil:
- Bubur
- Sup
- Makanan lembut
Yang aku elakkan:
- Makanan pedas
- Berminyak
Kalau makan tak jaga, memang cepat rasa tak selesa.
Kesan Selepas Operation
Ramai ingat lepas buang apendiks, terus sihat 100%. Tapi sebenarnya ada beberapa kesan yang aku sendiri alami selepas beberapa bulan operation. Kadang rasa sakit ringan di bahagian bekas apendiks. Lebih-lebih lagi bila rasa lapar terlalu lama. Kalau teran terlalu kuat time buang air besar pun rasa tak selesa kat bahagian bekas operation tu. Haha.
Aku tak pasti la ini normal ke tak. Korang ada pengalaman macam ni tak? 😅
Tempoh Recovery Buang Apendiks
Berdasarkan pengalaman aku:
- 1 minggu: dah boleh bergerak ringan
- 2–3 minggu: semakin pulih
- 1–2 bulan: hampir normal
Cuma kena jaga:
- Jangan angkat berat
- Jangan terlalu aktif terlalu awal
Tips Recovery Cepat Selepas Buang Apendiks
Kalau korang baru lepas operation, ini tips penting:
- Rehat secukupnya
- Ikut ubat yang doktor bagi
- Minum air banyak
- Makan makanan ringan dulu
- Elak aktiviti berat
Dan paling penting jangan paksa badan.
Apa Yang Aku Belajar Dari Pengalaman Ini
Pengalaman buang apendiks ni betul-betul buka mata. Aku belajar jangan abaikan sakit perut, lebih peka dengan badan sendiri dan kesihatan memang nombor satu. Kalau kau sakit satu kerja pun tak jalan. Kadang kita ingat sakit biasa, rupanya sesuatu yang serius.
Secara jujur, pengalaman buang apendiks memang menakutkan pada awalnya, tapi sebenarnya prosesnya cepat dan selamat jika dirawat awal. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh kembali normal seperti biasa.
Kalau korang sedang alami simptom atau baru lepas operation, jangan risau sangat, recovery memang ambil masa, tapi semuanya akan kembali okay

